Kena bincang dalam parti jika Khairy mahu sertai PKR

Kena bincang dalam parti jika Khairy mahu sertai PKR

Desas desus bekas Ahli parlimen rembau Datuk Seri Khairy Jamaluddin yang dipecat daripada UMNO akan menyertai PKR perlu dibincangkan

Namun Timbalan Presiden PKR Rafizi ramli berpendapat hal itu hanya bersifat spekulasi dan pramatang.

“Yang itu (penyertaan KJ) kita kena bincang dalam parti. Tetapi sekarang isu ini tidak timbul lagi, jadi tak perlu bincang lagi.

“Kalau perkara ini timbul, barulah kita bincang tetapi belum lagi, maka setakat ini jadi spekulasi sahaja,” kata Rafizi ketika menyampaikan Syarahan Parlimen Siri 1.0: Reset Ekonomi Malaysia di Parlimen malam tadi.

Semalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO tekah memutuskan Khairy dipecat daripada parti serta-merta.

Beliau dipecat atas tuduhan membuat dakwaan palsu kononnya wujud ‘perwakilan import’ dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022, serta berlaku kepincangan dalam pengundian usul Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan.

Khairy mendakwa hal berkenaan dalam satu klip video bahawa tindakan membawa perwakilan import itu bagi bersorak dan ‘bulldoze’ usul supaya kedua-dua jawatan tidak dipertandingkan.

BACA JUGA Noh dipecat dari Umno selepas tuntut dipecat, bukan digantung

COMMENTS

Wordpress (0)