Kenali BF.7

Rata- rata penduduk Malaysia mula bimbang berikutan langkah kesiapsiagaan Kementerian Kesihatan yang telah diumumkan namun umum tidak mengenali varian Covid-19 terbaru yang sedang mengganas di China – BF.7.

Varian Covid-19 terbaru ini dikenali sebagai BF.7 dan ia sub – varian Omicron. Nama BF.7 ialah singkatan BA.5.2.1.7 yang dikesan buat kali pertama di dunia dalam bulan Julai 2022.

Laporan laman sesawang kajian Covid-19, covSpectrum.org menyatakan bahawa BF.7 turut dikesan di Malaysia. Ia dikesan seawal bulan Ogos dan September di Selangor, Pahang dan Melaka.

Laporan terkini dari China mendapati bahawa BF.7 mempunyai kadar jangkitan yang sangat tinggi. Kadar penghasilan semula virus – R0 – untuk BF.7 melebihi 10. R0 varian sebelum ini hanya lima.

Sub – varian ini tidak diawasi oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia pada peringkat awal.

Ia mempunyai kebolehan menjangkiti golongan yang pernah dijangkiti Covid – 19 dan golongan yang sudahpun menerima vaksin

Pengumuman langkah kesiapsiagaan oleh Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa penting untuk dituruti.

Langkah tersebut termasuk pengambilan dos penggalan untuk kumpulan tersasar kerana varian BF.7 mengelak dos vaksin yang sudah diterima masyarakat.

Selain China, BF7 turut tular di India.