Keputusan import telur tindakan bijak, selesai bekalan, kawal kartel
Keputusan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Haji Mohamad Sabu mengimport telur ayam dari India disifatkan sebagai tindakan yang paling tepat untuk menyelesaikan krisis itu.
Ini kerana, selepas telur yang diimport dari India masuk ke pasaran negara ini, secara tiba-tiba telur melimpah di pasaran.
“Ini satu tindakan yang sangat bijak dan berjaya menyelesaikan masalah telur dan mengawal kartel telur,” kata Mohamad Jusoh, netizen yang membuat ulasan keputusan Presiden AMANAH itu dalam menyelesaikan isu telur.
Perhimpunan Agung Umno hari ini diberitahu, Umno menerima nasib malang pada tahun lalu kerana pilihan raya umum (PRU) diadakan lewat iaitu ketika negara berdepan dengan masalah “telur”.
Perwakilan Kelantan, Zawawi Othman, berkata sepatutnya PRU ke-15 itu diadakan lebih awal atau bersekali dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Berucap ketika membahaskan usul ucapan dasar presiden, Zawawi berkata dalam keadaan negara mengalami masalah telur, orang ramai khususnya pengundi tidak suka kepada Umno.
“Kita silap kerana sepatutnya kita adakan PRU awal lagi, (sebaliknya) kita adakan pilihan raya ketika harga ayam dah naik… harga barang dah naik.
“Kita buat PRU semasa ‘tidak ada telur’ sebab itu kita tewas. Telur naik orang tak suka, yang orang suka ‘barang naik’,” katanya secara berseloroh.
Sebaik sahaja memasuki Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad membuat keputusan segera untuk mengimport telur dari luar negara sebagai penyelesaian kekurangan telur di pasaran.
Sebelum itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan isu telur akan diselesaikan segera.
Pada 6 Disember, hari kedua Mohamad memasuki pejabatnya di Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Putrajaya telah bersetuju untuk membenarkan import telur ayam sebagai cara untuk mengatasi kekurangan semasa.
Beliau berkata kementeriannya juga akan memastikan telur ayam yang diterima selamat daripada penyakit dan menepati piawaian yang ditetapkan.
Pada 16 Disember, telur ayam dari India mula masuk ke Malaysia melalui laluan udara sebagai fasa percubaan bagi memastikan telur ayam yang diimport menepati segala piawaian ditetapkan.
“Kementerian melalui Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) telah melaksanakan kawalan kemasukan telur ayam import di pintu masuk secara ujian Hold, Test and Release (HTR), yang merangkumi ujian Polymerase Chain Reaction (PCR) untuk pengesanan bakteria Salmonella, virus Newcastle Disease dan Avian Influenza.
“Pengujian yang dijalankan ini adalah bagi memastikan rakyat menerima telur ayam import yang selamat, bersih, halal dan bebas daripada segala penyakit di samping melindungi industri penternakan negara. Segala protokol dan tatacara yang ditetapkan oleh kerajaan juga telah dipatuhi tanpa kompromi,” kata Mohamad dalam kenyataannya.
Selepas kemasukan telur dari India, tiba-tiba telur ayam tempatan masuk ke pasaran dan di sesetengah tempat melimpah-limpah.
BACA JUGA Mohamad Sabu habiskan cuti hujung minggu lawat ladang telur di India
JUGA Telur ayam dari India mula sampai hari ini bagi stabilkan bekalan