Kerajaan perkasa TVET tingkatkan kualiti latihan anak muda
Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) masih lagi tidak dianggap pendidikan kelas pertama oleh kebanyakan ibu bapa terutama apabila kerajaan terdahulu tidak begitu mengiktiraf keperluan sektor berkenaan.
Naib Pengerusi KEADILAN Wilayah Persekutuan, Andre Lai berkata, masih ramai kalangan mereka beranggapan sijil kemahiran hanya untuk golongan yang tidak berjaya dalam akademik dan menghalang golongan belia daripada menceburi bidang teknikal.
Manakala latihan yang diberi dlaam TVET pula kurang kerjasama oleh sektor industri dan institusi latihan yang menyebabkan kursus-kursus ditawarkan kurang releven dan berdasarkan keperluan pasaran buruh pada era sebelum 2000.
“Ketidakseragaman dalam silibus dan polisi institusi ini menyebabkan keadaan pembelajaran yang tidak berdasarkan industri sesama
“Peserta pula kemudiannya tiada bimbingan kerjaya sehingga menyukarkan usaha untuk menghasilkan pekerja berkemahiran tinggi,” kata Ketua Cabang PKR Wangsa Maju itu dalam satu kenyataan.
Andre Lai juga berkata data menunjukkan meskipun 80% pelatih TVET mendapat pekerjaan namun kebanyakkan daripada mereka masih menerima gaji bulanan tidak melebihi RM 2,000 sebulan.
Akibat tiada pengiktirafan sosial kepada bidang TVET, katanya, ibu bapa dan anak muda lebih menunjukkan kecenderungan untuk membuat perniagaan kecil-kecilan walaupun laporan Economic Transformation Programme 2013 menganggarkan bahawa pekerja berkemahiran vokasional dan persijilan profesional adalah golongan tenaga kerja yang paling diperlukan di Malaysia.
Oleh itu, beliau berkata Belanjawan 2023 dibentangkan Jumaat lalu akhirnya telah menyediakan jalan keluar kepada kelemahan tersebut apabila kerajaan buat pertama kalinya bertekad akan memperkasakan sektor TVET.
“Kerajaan Malaysia Madani mengambil pendekatan yang luar biasa kali ini dalam TVET. Iaitu membenarkan lebih daripada 50 konglomerat pemain industri utama untuk mengambil alih sebahagian operasi institusi TVET melalui kolaborasi.
“Misalnya, DRB HICOM yang menerajui industri pembuatan otomotif akan memastikan pelatih TVET yang berkemahiran dapat dihasil dari insitusi-instisui latihan sedia ada. Begitu juga dengan Petronas, MRCB dan Sunway, masing-masing yang menerajui industri gas, minyak, pembinaan dan perhotelan.
“Pada masa yang sama, Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) turut diberi suntikan peruntukkan besar untuk manfaatkan lebih 8,000 pelatih,” katanya.
Andre berharap kerjasama antara sektor industri dan kerajaan akan mengubah tanggapan masyarakat terhadap pendidikan TVET dan seterusnya melonjakkan penyertaan anak muda dalam latihan berkenaan.
BACA JUGA Asyik tanya formula, Rafizi lancar inisiatif jualan makanan serendah harga RM2
Â