Kerajaan Perpaduan semakin kukuh

Kerajaan Perpaduan semakin kukuh

Hubungan antara parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim semakin baik dan bertambah kukuh, kata Setiausaha Agung Pakatan Harapan, Datuk Seri Saifudin Nasution.

Ini terserna dalam mesyuarat mesyuarat Majlis Perunding Kerajaan Perpaduan malam tadi yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan kehadiran semua ketua-ketua parti komponen.

“Saya rasai sendiri setelah beberapa tempoh kita jalinkan kerjasama dengan patuh kepada saranan titah Tuanku Agong, kerjasama dan persefahaman antara kami semakin baik serta bertambah kukuh.

“Ketua dan pimpinan utama setiap Parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan terus nyatakan komitmen memastikan Kerajaan ini kekal stabil serta terus fokus bergerak kehadapan,” katanya.

Anwar mempengerusikan mesyuarat Majlis Perunding Kerajaan Perpaduan di WTC malam tadi.

Bagi beliau, mungkin ini berita buruk bagi pihak lawan yang terus menerus gagal menerima hakikat untuk berperanan dengan baik sebagai pembangkang.

“Sebab itu skrip lama langkah khianat yang mengucar-kacirkan pentadbiran negara kembali diulang-ulang.

“Akhirnya yang menjadi mangsa, rakyat. Kerajaan Perpaduan tidak akan sama sekali benarkan ianya berulang,” kata beliau mengimbau kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan sebelum ini.

Bagi beliau, tatkala pembangkang masih dengan sikap dan tabiat begitu, Kerajaan Perpaduan terus garap kesepaduan menyusun gerak dengan cukup fokus memastikan Kerajaan ini kekal stabil.

“Kita tahu, melalui kestabilan Kerajaan inilah kita dapat berikan tumpuan penuh kepada usaha meletakkan kembali negara di atas landasan tepat pemulihan ekonomi negara, noktahkan kemiskinan tegar dikalangan rakyat, kembalikan keyakinan dunia kepada Malaysia dan banyak lagi.

“InsyaAllah, Kerajaan Perpaduan ini terus fokus agenda rakyat,” kata beliau selepas mesyuarat yang diadakan malam tadi.

Kelmarin kumpulan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menang menang besar dalam pemilihan Umno apabila hampir kesemua penyokong beliau menang dan memegang jawatan utama parti itu walaupun Perikatan Nasional cuba memenangkan calon lawan beliau.

 

BACA JUGA Konvensyen parti-parti Kerajaan Perpaduan bakal diadakan – Anwar

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )