
Kerap sindir Anwar ‘bekas banduan, Hadi teringin juga rupanya
Oleh AHMAD MURSI
Hadi kata dia akan pilih penjara jika dihukum bersalah kelak. Duit denda akan bagi Pasti.
Ahli Parlimen Arau puji hebatnya ucapan Hadi di Parlimen. Sanggup dipenjara kerana kes hasutan pertikai kuasa lembaga pengampunan.
Banyak kali ucapan dan tulisan Hadi menyindir PMX ‘Bekas Banduan’. Rupanya, jauh di sudut hati dia juga ‘teringin’.
Tersenyum saya setiap kali dengar sindirannya. Tiada hinanya status ‘banduan’ itu bagi seorang pejuang.
Sebabnya, sejarah pemimpin-pemimpin dan ulama-ulama ulung banyak mendapat ‘tarbiyyah penjara’ oleh Allah.
Hairan saya, pejuang hebat sepertinya menentang ‘kerajaan zalim’, lantang berpidato (isu kafir mengkafir), tapi tak pernah dipenjara.
Mungkin Allah belum ingin kurniakan ‘tarbiyyah’ itu untuknya.

Abdul Hadi Awang
Anwar ditarbiyyah 20 bulan dalam penjara ISA Kamunting kerana berjuang isu rakyat seawal umur 27 tahun. Total 10 tahun PMX dalam penjara yang diisi dengan membaca dan beruzlah.
Begitulah Lim Kit Siang, Karpal, Mat Sabu, Salahudin Ayub, Mahfuz, Lim Guan Eng banyak lagi dipenjara.
Nabi Yusuf, empat Imam Mazhab, Ibn Taymiyyah, Imam Nawawi, Imam Bukhari, Hamka, Erdogan, Erbakan, Al-Qardhawi, Syed Qutb, Hassan Hudhaibi, Rached Ganoushi sekadar petik beberapa nama pernah jadi ‘banduan’.
Walaun akan kata: Tapi PMX banduan kes fitnah peribadi. Begitulah juga Nabi Yusuf difitnah oleh Zulaikha.
Tentulah tidak semua pemimpin hebat perlu jadi banduan, tapi setiap kali Hadi sindir PMX ‘bekas banduan’, itu mengeletek jiwa saya.