Kerusi panas Negeri Sembilan

Berikut adalah kerusi dewan undangan negeri di Negeri Sembilan yang mempunyai kebarangkalian tinggi untuk dimenangi oleh Perikatan Nasional. Ia menjadikan kerusi DUN berikut kerusi panas.

N3 Sungai Lui 80%

N5 Serting 78%

N6 Palong 92%

N15 Juasseh 80%

N16 Seri Menanti 93%

N17 Senaling 79%

N26 Chembong 81%

N28 Kota 87%

N34 Gemas 84%

Harapan Daily telah dapat mengesan kerusi-kerusi yang boleh dianggap berada dalam zon bahaya. Walau bagaimanapun kerusi-kerusi panas ini tidak cukup untuk membolehkan PN berkuasa sebagai kerajaan negeri.

Kerusi – kerusi ini rata-ratanya merupakan kerusi majoriti Melayu secara puratanya 80 peratus ke atas.

Ini juga kawasan di mana Pas berpengaruh dalam kalangan masyarakat tempatan.

Beberapa kerusi lain pula memperlihatkan majoriti kecil, N35 Gemencheh umpamanya dipertahankan calon Umno Isam Mohd Isa dengan majoriti tipis, 351 undi.

Di N32 Linggi, majoriti kemenangan Abdul Rahman Redza hanya 623 undi.

Di N19 Johol majoriti Saiful Yazan Sulaiman hanya 965 undi.

Seri Menanti dan Juasseh masing- masing telah mencatatkan 595 dan 692 undi.

Kerusi Dun Pertang pula dipertahankan oleh BN dengan majoriti 415 undi sahaja.

Sebanyak 36 kerusi DUN akan dipertandingkan di Negeri Sembilan apabila pilihan raya negeri diumumkan.

Selain dari Negeri Sembilan, Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu akan turut menyaksikan pilihan raya negeri.

Kesemua negeri-negeri ini akan membubarkan DUN dalam bulan Jun.

Pada ketika ini Negeri Sembilan diketuai oleh Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun dari PKR dan beliau mewakili DUN Sikamat.

Data undi di atas dipetik dari laman undi.info berdasarkan maklumat di dalam pilihan raya umum ke-14.