
Kes berkaitan kecekapan DUN bukan mencabar Islam dan syariah
Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat mengingatkan semua pihak dalam kes yang difailkan oleh peguam Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid dan Tengku Yasmin Natasha Tengku Abdul Rahman terhadap kerajaan Kelantan pimpinan PAS agar mengikut lunas undang-undang kerana kes berkaitan kecekapan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan.
Beliau juga mengingatkan agar masyarakat tidak dihasut dengan fakta yang diseleweng.
“Isu di sini bukan berkenaan kedudukan Islam dan syariah di negara ini. Ia adalah berkenaan kecekapan DUN Kelantan menggubal 18 seksyen yang dipertikaikan,” kata Tengku Maimun.
Di pekarangan Istana Kehakiman terdapat lebih kurang 2000 orang berhimpun dalam Himpunan Selamatkan Syariah.
Mereka melaungkan “Jahanam Zionis, Hidup Syariah, Hancur Liberal”.
Pendengaran kes ini menyebabkan blok pembangkang – Perikatan Nasional tidak hadir sesi Dewan Rakyat hari ini.
Lebih daripada 10 soalan dijawab di Dewan Rakyat kerana ketidakhadiran pembangkang.
Enam soalan dilangkau.
Biasanya sesi jawab lisan hanya melibatkan 10 soalan sahaja.
BACA JUGA: Kes Nik Elin cabar keperlembagaan enakmen syariah didengar hari ini