Kit Siang terima ‘Tan Sri’

Bekas pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang akan menerima darjah kebesaran dengan gelaran Tan Sri sempena hari keputeraan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa yang ke-64.

Lim adalah tokoh DAP pertama yang akan menerima darjah kebesaran ini yang merupakan kedua tertinggi selepas gelaran Tun.

Ia juga melambangkan satu perubahan pendirian di dalam parti tersebut yang sebelum ini mengambil pendirian untuk tidak menerima sebarang anugerah darjah kebesaran.

Anggota parti dikehendaki mendapatkan kebenaran daripada pucuk pimpinan sebelum darjah kebesaran sebelum ini.

Dua orang pemimpin DAP pernah menerima darjah kebesaran dengan gelaran Datuk sebelum ini. Mereka ialah mantan ahli parlimen Sandakan, mendiang Datuk Stephen Wong Tien Fatt dan ahli parlimen Beruas Datuk Ngeh Koo Ham.

Laporan mengenai penerimaan darjah kebesaran oleh Lim telah tular di media sosial sehari dua ini.

Meskipun sudah mengundur diri dari parti dan pilihan raya, Lim terus menyuarakan isu-isu semasa.

 

Â