KKR cakna kesesakan Lebuhraya KL-Karak

KKR cakna kesesakan Lebuhraya KL-Karak

Kementerian Kerja Raya (KKR) cakna isu kesesakan yang berlaku di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak terutamanya pada setiap hujung minggu dan musim perayaan. Menurut menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, pihaknya juga mengambil perhatian berhubung masalah lampu jalan di kawasan berkenaan.

“Kita memang mengambil perhatian seperti kesesakan jalan raya dan masalah lampu (jalan) seperti yang saya sebutkan tadi.

“Mohon Yang Berhormat Bentong menulis surat kepada pihak KKR. Nanti saya akan arahkan pegawai saya untuk pergi ke sana dan berjumpa dengan YB untuk melihat keperluan yang boleh dibantu,” katanya ketika sesi penggulungan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2024 membabitkan kementeriannya di Dewan Rakyat, hari ini.

Young Syefura Othman (PH-Bentong) menanyakan kepada menteri apakah rancangan daripada pihak Lebuh Raya Karak atau Lebuhraya Pantai Timur (LPT) untuk mengatasi masalah kesesakan yang sangat teruk pada setiap hari Ahad dan musim perayaan.

Young Syefura berkata, sebelum ini beliau juga ada membangkitkan mengenai isu ketiadaan lampu jalan selepas persimpangan Genting Sempah sehingga ke Bukit Tinggi iaitu kawasan yang kerap berlaku kemalangan.

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )