Komen peguam Jaheaik sub judice

Komen peguam Jaheaik sub judice

Komen yang dilontarkan oleh peguam Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheaik) Yusfarizal Yusoff berhubung kes cabaran keperlembagaan enakmen syariah Kelantan dan kecekapan Dewan Undangan Negeri Kelantan adalah bersifat sub judice.

Perkara yang dikatakan Yusfarizal adalah sub judice dalam keadaan mahkamah masih belum mengumumkan keputusan,” kata Pengerusi Biro Undang-undang Amanah Zulqarnain Lukman.

“Perkara yang disebutkan itu sub judice dan mahkamah boleh memulakan prosiding kerana menghina mahkamah,” tambah beliau.

Beliau berkata demikian semasa diminta mengulas Yusfarizal.

“Jika buntu (Mahkamah Persekutuan membuat keputusan bertentangan dengan Kelantan) maka kita perlu pinda perlembagaan.

“Kita perlu pinda Perlembagaan Persekutuan supaya kita dengar suara rakyat,” kata Yusfarizal.

Pagi ini Mahkamah Persekutuan mendengar hujahan kes mencabar keperlembagaan enakmen syariah Kelantan.

Panel 9 hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat turut menasihatkan semua pihak agar tidak memutarkan fakta kes.

Nik Elin Zurina Abdul Rashid dan Tengku Yasmin Natasha Tengku Abdul Rahman telah mencabar keperlembagaan enakmen syariah Kelantan dan kecekapan DUN Kelantan dalam membuat undang-undang.

Mereka mahu sebanyak 18 enakmen syariah – takzir diisytiharkan sebagai tidak sah.

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )