Konvensyen Perpaduan Kedah 21 Mei

Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) Kedah akan mengadakan Konvensyen Perpaduan peringkat negeri Kedah pada 21 Mei 2023.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, konvensyen tersebut akan diadakan di Alor Setar dan akan dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Kedah telah pun mempunyai jawatankuasa induk PH-BN dan kini ianya adalah bagi mengukuhkan Kerajaan Perpaduan.

“Objektifnya adalah untuk mengeratkan kerjasama PH-BN dan meningkatkan persefahaman menjelang pilihan raya negeri serta menyampaikan maklumat hala tuju dan perancangan negeri Kedah.

“Akan ada pembentangan negeri mengenai perkara-perkara berkaitan rakyat Kedah yang akan disertai oleh kesemua parti terlibat membabitkan 15 kawasan Parlimen yang ada,” ujar beliau semada sidang media selepas Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan pada Ahad.

Yang penting katanya ialah rakyat Kedah harus merealisasikan hasrat ‘kalih bagi sama’ kerajaan negeri Kedah dengan Kerajaan Persekutuan.

Hadir sama semasa sidang media tersebut ialah Pengerusi AMANAH negeri Kedah, Datuk Dr Ismail Salleh serta Pengerusi Dap negeri Kedah, Tan Kok Yew serta Ahli Parlimen Sungei Petani, Dr Taufeq Johari.