Korban rakyat Palestin meningkat kepada 7,326

Korban rakyat Palestin meningkat kepada 7,326

Kementerian Kesihatan di Gaza memaklumkan sekurang-kurangnya 7,326 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan pengganas Israel ke atas Gaza sejak 7 Oktober lalu.

Daripada jumlah itu, sejumlah 3,038 terdiri golongan kanak-kanak.

Sebelum ini, lebih 700 rakyat Palestin maut dalam serangan udara Israel dalam tempoh semalaman.

Kementerian Kesihatan Gaza memaklumkan ia adalah angka kematian tertinggi dalam tempoh 24 jam direkodkan sejak Israel melancarkan serangan balas ke atas pejuang Hamas.

Pada masa ini, tekanan antarabangsa semakin memuncak, akibat bantuan kemanusiaan yang dihalang memasuki Gaza, serta angka koban rakyat Palestin yang semakin meningkat.

BACA JUGA Keganasan Israel: Ini 20 fakta situasi getir Palestin selepas genosid hari ke-20

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )