Kos perbelanjaan program Malaysia Madani jauh lebih murah

Kos perbelanjaan program Malaysia Madani adalah jauh lebih murah berbanding dengan Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia yang menelan belanja RM62 juta

Menurut Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak, Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali, kos perbelanjaan program Malaysia Madani hanya RM7.4 juta.

“Usaha promosi Malaysia Madani juga bukan eksklusif dan dilaksanakan oleh semua kementerian, jabatan dan agensi kerajaan,” kata beliau dalam jawapan bertulisnya kepada Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (PN-Kuala Kangsar).

BACA JUGA: Kos Aidilfitri Malaysia Madani RM6.3 juta, Raya 2022 RM11 juta