
Kosongkan Muar, bertanding semula atas kekuatan sendiri
Oleh DATUK LOKMAN ADAM
Saya mengalu-alukan hasrat Syed Saddiq dan Muda untuk keluar dari Kerajaan Perpaduan sekiranya ianya benar-benar hasrat beliau.
Namun, pendirian beliau meninggalkan Kerajaan Perpaduan sama seperti tindakan ahli-ahli Parlimen BN dan PH yang lompat parti.
Ini adalah kerana, beliau bertanding di Parlimen Muar pada PRU15 atas kesefahaman beliau dengan Pakatan Harapan yang tidak meletakkan calon menentang beliau, malah menyokong dan mengundi beliau.
Oleh yang demikian, perkara yang paling bermaruah yang sewajarnya beliau buat sekarang adalah mengosongkan kerusi Parlimen Muar.
Syed Saddiq mesti bertanding semula dengan bantuan rakan-rakan Perikatan Nasional yang lebih mesra dengan beliau sekarang. Itu pun kalau beliau masih ada maruah yang tersisa.
Membawa sekali kerusi Parlimen Muar keluar dari Kerajaan Perpaduan pimpinan Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan satu pengkhianatan kepada pengundi Muar yang menyokong beliau kerana beliau berkerjasama dengan Pakatan Harapan ketika itu.
BACA JUGA Syed Saddiq jangan lupa dulu menang sebab disokong pengundi PH