Lantang pertahan Palestin, Malaysia terima dua notis daripada Kedutaan AS

Lantang pertahan Palestin, Malaysia terima dua notis daripada Kedutaan AS

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat telah dipanggil oleh Jabatan Negara AS berhubung beberapa kenyataan keras Malaysia terhadap Israel.

Menurutnya juga, Kementerian Luar telah menerima notis tata tindak daripada AS sebanyak dua kali iaitu pada 13 Oktober dan kali kedua pada 30 Oktober yang meminta supaya Malaysia tidak meneruskan pendirian mengutuk Israel.

Begitupun Anwar berkata, Malaysia bertegas tidak akan menganggap pejuang Hamas sebagai pengganas dan menganggap pencerobohan dilakukan Israel ke atas Palestin adalah haram dari segi undang-undang.

“Duta Besar kita tegas mengatakan pendirian kita. Oleh kerana keengganan kita untuk membantah tindakan Hamas dan (tidak mahu) menganggap Hamas sebagai pengganas, saya dapat maklumat melalui Kementerian Luar Negeri bahawa kita menerima notis tata tindak dari kedutaan Amerika Syarikat 2 kali.

“Mereka minta supaya negara tidak meneruskan pendirian terutama keengganan kita untuk menganggap Hamas sebagai badan pengganas.

“Saya sudah menjawab dalam majlis (solidariti Palestin) di stadium baru-baru ini, saya tegaskan bahawa Malaysia kekal dengan pendirian bebas kita dengan pertimbangan kemanusiaan dan menganggap pencerobohan itu (salah) dari segi undang-undang dan kaedah antarabangsa kerana perkara ini sudah berlarutan berdekad sejak 1948,” katanya pada Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat hari ini.

 

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )