Maafkan kami, pendirian parti berbeza dari Umno

Pengarah komunikasi AMANAH, Khalid Samad memohon maaf kerana pendirian partinya yang berbeza dengan Umno dalam hal berkaitan permohonan pengampunan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Kita tidak serang atau kritik Umno, kita hormat hak mereka untuk buat permohonan pengampunan. Itu hak mereka dan mereka boleh berbuat demikian, tiada isu.

“Malangnya mereka nak jadikannya sebagai isu. Saya minta maaf kerana buat mereka tak puas hati, tetapi ini pendirian Amanah.

“Jadi kita mohon maaf kerana tidak berpendirian sama (dalam perkara itu),” katanya, lapor Malaysiakini.

Rayuan Khalid kepada Lembaga Pengampunan dan Yang Dipertuan Agong menentang permohonan pengampunan dibuat pada 27 April.

Pagi tadi Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Puad Zarkashi mengkritik AMANAH yang tidak layak menjadi rakan seperjuangan. Umno Kelantan menggertak untuk tidak bekerjasama di dalam pilihan raya negeri.

Dalam perkembangan berkaitan, presiden AMANAH Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bahawa konsensus diperlukan di dalam mengambil pendirian.

Hanya Amanah sahaja yang mengambil pendirian menentang permohonan tersebut.

Â