Mahiaddin didakwa terima rasuah RM5 juta dari Bukhary Equity

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tan Sri Mahiaddin Yassin sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam membabitkan satu pertuduhan menerima wang haram RM5 juta.

Bagaimanapun, Pengerusi Perikatan Nasional (PN), 76, mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Rozilah Salleh.

“Saya mengaku tidak bersalah dan mohon untuk dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur,” kata Mahiaddin yang juga bekas Perdana Menteri.

Pendakwaan mengikut Seksyen 4(1)(b) dibaca bersama Seksyen 87(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama.

Pimpinan PN juga dilihat bersama beliau ialah Presiden Gerakan Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai, timbalan presiden Bersatu, Datuk Faizal Azumu dan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.

Mengikut pertuduhan, Mahiaddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh didakwa menerima hasil daripada aktiviti haram iaitu wang RM5 juta daripada Bukhary Equity Sdn Bhd yang dimasukkan ke dalam akaun AmBank milik partinya iaityu Bersatu.

Justeru, tertuduh boleh dipenjara maksimum 15 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan itu pada masa kesalahan berkenaan dilakukan atau RM5 juta yang mana yang lebih tinggi jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib, Mohd Fadhly Mohd Zamry, Zander Lim Wai Keong, Kalai Vani Annadorai dan Maziah Mohaide.

Mahiaddin pula diwakili sembilan peguam iaitu Datuk K Kumaraendran, Chetan Jethwani, Dev Kumaraendran, Amiratu Al Amirat Saleh Mohamed Garbaa, Mohd Isa Mohamad Basir, Shahir Ab Razak, Teh See Khoon, Varsha Chelvi dan Raja Syuhada Raja Khairuddin.

Pendakwaan mengikut Seksyen 4(1)(b) dibaca bersama Seksyen 87(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama.

Pimpinan PN juga dilihat bersama beliau ialah Presiden Gerakan Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai, timbalan presiden Bersatu, Datuk Faizal Azumu dan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.

BACA JUGA: Mahiaddin berdepan lagi dakwaan di mahkamah