Mahiaddin mungkin ditahan hari ini

Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Razali Idris menjangkakan presiden parti beliau, Tan Sri Mahiaddin Yassin ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia hari ini.

“Mahiaddin diarahkan ke ibu pejabat SPRM hari ini. Kita jangka beliau akan ditahan hari ini dan dihadapkan ke mahkamah esok,” kata beliau kepada wartawan di luar ibu pejabat SPRM di Putrajaya.

“Kita anggap tindakan ini tidak berperikemanusiaan kerana pemilihan parti akan berlangsung esok dan parlimen masih bersidang,” kata beliau lagi.

Mahiaddin dijadualkan ke SPRM pagi ini untuk disoalsiasat berkenaan dana projek Jana Wibawa pagi ini.

Dalam perkembangan berkaitan, satu permohonan mahkamah difailkan untuk mencegah Mahiaddin dari ke luar negara.

Menurut laporan FMT, permohonan tersebut dibuat untuk menghalang Mahiaddin yang juga ahli parlimen Pagoh dari memberi ucapan politik di luar negara.

Sebelum Mahiaddin, mantan ketua penerangan Bersatu merangkap ahli parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan telah didakwa di mahkamah berhubung dana Jana Wibawa.

Beberapa tokoh Bersatu turut disoal siasat dan akaun parti Bersatu turut dibekukan.