Mahiaddin nafi ditahan SPRM di sebuah padang golf

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Mahiaddin Md Yassin menafikan beliau ditahan di sebuah padang golf di Selangor sebagaimana yang dilaporkan oleh Harapan Daily sebelum ini.

Bagaimanapun, Mahiaddin mengaku, beliau telah dipanggil oleh SPRM ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu pada pukul 11 pagi esok (Khamis).

“Saya ingin menjelaskan berita saya ditahan di padang golf hari ini yang disebarkan oleh sebuah portal berita adalah palsu.

“Hari ini saya hadir ke beberapa mesyuarat berkaitan Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Bersatu yang akan bermula Jumaat ini.

“Bagaimanapun esok Khamis saya diminta ke Ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada pukul 11 pagi,” katanya.

Ekoran penafian itu, Harapan Daily dengan ini menarik balik berita tersebut.