Malaysia di tangga ke 33 Indeks Tadbir Urus Kerajaan 2023

Malaysia menduduki tangga ke 33 di dalam Indeks Tadbir Urus Kerajaan 2023 dengan skor indeks 0.612 yang diterbitkan oleh Chandler Institute of Governance (CIG).

Laporan lengkap indeks ini boleh dilihat di sini.

Indeks ini menilai tujuh tunjang utama iaitu kepimpimpinan dan unjuran, undang-undang dan dasar, institusi yang kukuh, pengawasan kewangan, pasaran menarik, pengaruh global dan reputasi, bantuan kepada masyarakat.

Tunjang kepimpinan dan unjuran mengukur kepimpinan beretika, visi jangka panjang, penyesuaian, keutamaan strategik dan inovasi.

Tunjang kedua ialah undang – undang dan dasar kukuh dengan fokus terhadap kualiti sistem kehakiman, pematuhan undang-undang, ketelusan, dan tadbir urus dan kawal selia.

Penilaian ke atas institusi kukuh meliputi penyelarasan, pelaksanaan, kualiti birokrasi dan keupayaan data.

Pengawasan kewangan pula meliputi hutang kerajaan, belanjawan lebihan, kecekapan perbelanjaan dan risiko

Tunjang pasaran pula merangkumi hak hartanah, persekitaran makro ekonomi, tarikan pelaburan, kecekapan logistik, dan peraturan perniagaan stabil.

Empat perkara dinilai di dalam tunjang pengaruh global dan reputasi iaitu perdagangan antarabangsa, diplomasi antarabangsa, penjenamaan negara dan kekuatan passport.

Tunjang terakhir pula menilai sebanyak sembilan perkara iaitu pendidikan, kesihatan, kepuasan khidmat awam, keselamatan diri, prestasi persekitaran, kesamaan pendapatan, mobiliti sosial, selaan gender dan tidak diskriminasi.

Negara jiran kita, Singapura menduduki tempat pertama dalam indeks ini.

Di peringkat Asia Tenggara, Malaysia menduduki tempat kedua.

Indonesia di kedudukan 46, Thailand, 47, Vietnam 49, Filipina 66, dan Cambodia 88 di dalam indeks tersebut.