Malaysia Madani dapat perhatian, jadi diskusi masyarakat antarabangsa

Malaysia Madani dapat perhatian, jadi diskusi masyarakat antarabangsa

Konsep Malaysia Madani yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mula mendapat perhatian negara luar dan menjadi perbincangan masyarakat antarabangsa.

Pakar undang-undang antarabangsa, Prof Madya Dr Salawati Mat Basir dari Universiti Kebangsaan Malaysia berkata masyarakat luar sudah mula berbincang mengenai konsep kepimpinan Anwar dan kedudukan Malaysia .

Malaysia Madani

Menurutnya, perhatian yang diberikan masyarakat luar ini telah memberi satu kesan yang sangat besar buat negara.

Ini kerana katanya, sebelum ini tidak ada mana-mana pemimpin mahupun rakyat di negara luar yang mengambil tahu atau berminat dengan apa yang Malaysia lakukan.

“Sebenarnya apabila Anwar melancarkan Malaysia Madani, ada beberapa universiti di Indonesia, mereka membuat wacana sesama mereka.

“Mereka boleh nampak di mana Malaysia berada selepas ini,” katanya dalam Wacana Sinar pada semalam, yang membincangkan topik Mampukah Konsep Madani Memulih Negara.

Beliau melihat keazaman Anwar telah mengurangkan serangan-serangan dari negara luar yang sebelum ini begitu agresif bercakap tentang Malaysia.

Jelasnya, untuk mengetahui sama ada pemimpin negara diterima dunia, ia boleh dilihat melalui reaksi pemimpin negara luar di mana menurutnya Anwar menerima ‘warm welcome’ dari pemimpin seperti di Thailand, Singapura, Brunei dan Indonesia.

“Saya percaya selepas ini akan disusuli Vietnam dan Filipina. Tetapi yang saya lihat ialah serangan terhadap Malaysia itu agak kurang.

“Sebelum ini kita akan sentiasa dipetik oleh media-media Australia, UK, Eropah… Teruk kita kena.

“Tetapi sejak Anwar dilantik, agak diam sedikit serangan itu dan mereka menunggu apa yang akan dibawa PM baharu ini,” katanya lagi.

Baca juga: Makanan ringkas tapi berkhasiat: Orang ramai puji Menu Rahmah

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )