Masih ada ruang perbincangan untuk mengiktiraf UEC

Timbalan Perdana Menteri Datuk Fadillah Yusof percaya bahawa masih ada ruang perbincangan untuk mengiktiraf Sijil Pendidikan Bersama (UEC). Lantaran itu, beliau akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.

Fadillah berkata perbincangan itu perlu untuk memahami punca kerajaan mengambil pendirian sedemikian. Beliau menambah bahawa kerajaan terdahulu telah mengiktirafUEC dengan syarat sekolah persendirian Cina menerima sukatan kebangsaan untuk pelajaran seperti Sejarah.

“Ini bermakna masih ada ruang perbincangan untuk UEC,” kata Fadillah, pemimpin dari Sarawak yang merupakan antara negeri yang mengiktiraf UEC.

Baru – baru ini Fadhlina menyatakan pendirian kementeriannya yang tidak mengiktiraf UEC adalah berdasarkan Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Akta Pendidikan 1996. Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan di Dewan Rakyat.

Pengiktirafan UEC juga sebahagian daripada manifesto Pakatan Harapan semasa PRU15 dengan syarat pemegang sijil yang memohon kemasukan universiti awam memperoleh kredit untuk peperiksaan mata pelajaran Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia.

BACA JUGA: Kementerian Pendidikan tidak iktiraf UEC