Masyarakat luar kagum kepimpinan Anwar, puji PM terbaik

Masyarakat luar kagum kepimpinan Anwar, puji PM terbaik

Komitmen Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menuntut keras keadilan buat rakyat di Gaza, mendapat perhatian masyarakat antarabangsa.

Seorang sarjana Muslim Amerika, Dr Omar Suleiman memuji ketegasan Anwar kerana berani mengkritik Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden mengenai kepura-puraannya terhadap pembunuhan besar-besaran di Gaza.

Omar menyatakan bahawa dunia memerlukan lebih ramai pemimpin berani seperti Anwar yang tidak gentar dengan akibat dari tindakannya.

“Saya berterima kasih kepada rakan saya yang dikasihi Perdana Menteri Malaysia Dr. @anwaribrahim atas konfrontasi peribadinya yang berani terhadap @POTUS mengenai kepura-puraan (Biden) di tengah-tengah pembunuhan di Gaza.

“Kita memerlukan lebih ramai pemimpin untuk mengikuti contoh ini walau apa jua akibatnya,” ciapnya di X.

Sementara itu seorang lelaki Britain, Pat yang sering melawat Malaysia dan mengagumi kepelbagaian di sini, berpendapat Anwar adalah contoh Perdana Menteri yang terbaik.

Pat menyatakan kekagumannya terhadap prinsip Anwar khususnya pendirian beliau terhadap konflik Israel-Palestin.

Menerusi video di TikTok bertajuk ‘Dunia memerlukan Perdana Menteri seperti Malaysia,’ Pat memuji Anwar kerana menyampaikan ucapan penuh semangat menentang ketidakadilan dan kezaliman di Gaza.

Pat membuat perbezaan yang ketara dengan Perdana Menteri Britain, Rishi Sunak, dengan menegaskan bahawa pendekatan mementingkan rakyat dan pendirian tegas Anwar dalam isu global menjadikan beliau seorang pemimpin yang terpuji.

Lelaki Britain itu juga menyatakan rasa kagumnya terhadap kepelbagaian Malaysia dan usaha negara untuk menyatukan rakyat pelbagai kaum dan agama di bawah bendera Malaysia.

Dia menegaskan bahawa kepimpinan Anwar amat diperlukan oleh dunia.

Setelah melibatkan diri dalam politik dan budaya Malaysia sepanjang lawatannya, Pat percaya bahawa Malaysia berfungsi sebagai model teladan untuk mengatasi jurang masyarakat.

Dia turut mengulas mengenai kesukaran yang dihadapi United Kingdom dalam memupuk semangat identiti nasional dan patriotisme, berbeza dengan usaha Malaysia yang berjaya untuk menyatukan rakyatnya.

Pat menyimpulkan dalam dunia yang sering berpecah belah mengikut garis politik, etnik dan budaya, pendekatan Anwar boleh dijadikan teladan bagi pemimpin yang ingin merapatkan jurang masyarakat dan mengutamakan kepentingan rakyat mereka.

Pat turut berharap agar lebih ramai pemimpin seperti Anwar, mengutamakan kesejahteraan rakyat mereka dan bekerja bersungguh-sungguh untuk meningkatkan imej negara mereka di persada antarabangsa.

BACA JUGA “Stop the killings now!”, ucapan berbisa Anwar kepada Joe Biden terus tular

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )