MB Kedah berbohong?
Persoalan timbul sama ada Menteri Besar Kedah Datuk Seri Sanusi Md Nor berbohong susulan dari dakwaan bahawa beliau belum menerima jemputan untuk menghadiri Rumah Terbuka Malaysia Madani bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 29 April.
Menurut sumber, jemputan telahpun dihantar kepada Sanusi dan pemimpin Kedah tersebut sudahpun mengesahkan kehadirannya.
Harapan Daily turut memperoleh salinan jemputan tersebut yang telah dihantar kepada Sanusi.
Jemputan tersebut perlu dijawab sebelum 25 April jam 12 tengah hari.
Sanusi dilaporkan berkata: “Jemputan rasmi tak ada tetapi dari segi protokol sepatutnya perlu ada jemputan.
“Saya difahamkan ada jemputan kepada Tuanku Sultan Kedah, sekiranya Tuanku Sultan tidak berangkat, saya akan pertimbangkan semula,” kata beliau dalam satu sidang akhbar sempena Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Menteri Besar Kedah di Seri Mentaloon.
Beliau turut menambah bahawa beliau tidak akan berkecil hati sekiranya tiada jemputan.
Kedah akan menjadi tuan rumah pertama Rumah Terbuka Malaysia Madani yang akan dihadiri oleh Anwar. Sambutan sebegini turut diadakan di negeri Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Sabah.
Blok pembangkang, Perikatan Nasional telah mengkritik penganjuran majlis ini.
Ini menyebabkan Menteri Dalam Negeri Datuk Saifuddin Nasution Ismail mempertahankan majlis tersebut.