McDonald’s akan perkenal Menu Rahmahnya Rabu ini

Rangkaian kedai makanan segera popular, McDonald’s menyertai inisiatif Menu Rahmah dan akan membuat pelancaran rasmi menunya Rabu ini.

Pengasas dan promoter Menu Rahmah, Datuk Seri Salahuddin Ayub yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup akan melancarkan menu ini di premis McDonald Mutiara Damansara.

“Restoran makanan segera McDonald’s Malaysia akan menganjurkan Majlis Pelancaran Rasmi dan mengumumkan penyertaannya dalam inisiatif Menu Rahmah kerajaan, serta memperkenalkan pilihan Menu Rahmahnya pada Rabu ini,” kata satu kenyataan dari McDonald hari ini.

Sebelum ini, beberapa kedai rangkaian makanan segera telah memperkenalkan Menu Rahmah mereka.

Antaranya termasuklah Burger King dan lain-lain kedai makanan yang menawarkan menu dengan harga di bawah RM5.00.

 

BACA JUGA Usul DUN Pulau Pinang lulus empat kerusi wakil pembangkang diisytihar kosong

JUGA Exco Terengganu dikecam selepas didakwa perlekeh Menu Rahmah