Menara KL: SPRM sudah panggil 3 saksi, ambil dokumen

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memanggil tiga saksi dan mengambil dokumen berkaitan dengan penjualan saham dalam Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd.

Dalam satu kenyataan bertulisnya petang ini, SPRM berkata, pihaknya akan membuat siasatan secara terperinci dan profesional dari semua sudut berkaitan isu ini.

SPRM mengesahkan bahawa pihaknya sedang menyiasat dakwaan penjualan saham mencurigakan hak milik Menara Kuala Lumpur (Menara KL).

“SPRM akan menyiasat smada wujudnya elemen rasuah dalam penjualan 100% saham Telekom Malaysia (TM) di dalam syarikat Menara KL Sdn Bhd kepada Hydroshoppe Sdn Bhd pada Oktober 2022,” kata kenyataan itu.

Sebelum ini, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil mengesahkan penjualan itu berlaku dan sedia membantu siasatan pihak berkuasa mengenainya.

TM mendakwa, proses untuk memilih syarikat konsesi baru bagi menguruskan Menara Kuala Lumpur telah dibuat oleh kerajaan selepas Telekom Malaysia (TM) membuat keputusan untuk menumpukan kepada perniagaan asas mereka iaitu perkhidmatan telekomunikasi.

“TM dimaklumkan mengenai syarikat yang dilantik itu untuk mengambil alih saham MKLSB dan konsesi MKL.

“MKLSB akan terus mengendalikan konsesi dan memastikan kesinambungan operasi MKL untuk orang awam Malaysia, termasuk pelawat antarabangsa,” kata TM dalam kenyataannya.

 

BACA JUGA Syarikat penerima konsesi Menara KL ditentukan kerajaan, dakwa TM

JUGA Menteri Agama sampaikan bantuan banjir di pusat tarbiyah Pas dikritik