Mesyuarat Majlis Presiden PH menjelang PRN

Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) kali kedua di Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur berlangsung jam 5.30 petang tadi.

Pertemuan rasmi itu menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bila-bila masa saja akan berlangsung di enam negeri termasuk yang dikuasai PH iaitu Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.

Menerusi notis dikeluarkan pejabat sekretariat, seramai 32 ahli majlis berkenaan perlu hadir dalam mesyuarat dipengerusikan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu.

Mereka termasuk menteri Kabinet yang terdiri daripada empat parti komponen PH iaitu PKR, AMANAH, DAP dan Parti Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO).

Difahamkan, mesyuarat itu diadakan bagi membincangkan hala tuju komponen parti yang berada dalam Kerajaan Perpaduan.