Mohamad Sabu kini bergelar Datuk Seri

Presiden AMANAH yang juga Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu mengetuai senarai penerima gelaran darjah kebesaran sempena Hari Wilayah Persekutuan hari ini.

Beliau menerima darjah kebesaran Seri Mahkota Wilayah (SMW) yang membawa gelaran Datuk Seri dari Yang di-Pertuan Agong bersama enam lagi penerima darjah kebesaran itu.

Mohamad adalah penerima tunggal darjah kebesaran berkenaan dalam kalangan ahli politik. Majlis penyampaian anugerah ini berlangsung di Istana Negara pagi ini.

Sebagai menteri, kejayaan besar Mohamad adalah apabila beliau berjaya menyelesaikan isu kekurangan telur di pasaran yang dialami oleh negara sejak lebih setahun lalu dalam masa tidak sampai dua bulan.

Dengan strategi mengimport telur dari India, bekalan telur tempatan tiba-tiba cukup dan memenuhi rak di dalam hampir kesemua pasar raya, mini market dan kedai runcit di seluruh negara.

Mohamad sekarang sedang memberikan fokus bagi mengurangkan harga daging, ayam dan telur di pasaran dengan cara megurangkan kebergantungan bahan makanan ayam dan lembu dari luar negara.

Sebelum ini, ketika kerajaan Pakatan Harapan,  Mohamad adalah Menteri Pertahanan sebelum kerajaan pilihan rakyat itu dijatuhkan melalui Langkah Sheraton yang beliau sifatkan sebagai Langkah Syaiton.

 

BACA JUGA Mari fahami apa dia Penasihat Kepada Perdana Menteri

JUGA Hadi Awang menyalah tafsir maksud undang-undang ‘sedekah’

DAN JUGA Keputusan import telur tindakan bijak, selesai bekalan, kawal kartel