Monsun Timur Laut diramal pertengahan November hingga Mac depan

Monsun Timur Laut diramal pertengahan November hingga Mac depan

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) berkata, musim tengkujuh dalam tempoh Monsun Timur Laut kebiasaannya bermula pertengahan bulan November hingga Mac tahun berikutnya.

MetMalaysia memaklumkan, pada masa ini rantau negara lazimnya menerima tiupan angin lemah dari pelbagai arah yang menyebabkan berlaku ribut petir yang lazimnya membawa hujan lebat berserta angin kencang.

“Kejadian ini berlaku terutamanya pada waktu petang dan awal malam di kebanyakan kawasan di negeri-negeri di pantai barat dan pedalaman Semenanjung,” kata MetMalaysia.

Pada masa ini, negara berada dalam Fasa Peralihan Monsun yang menyaksikan cuaca tidak menentu dengan ribut petir dan hujan lebat sehingga banjir di beberapa kawasan.

Orang ramai diingatkan sentiasa berwaspada sepanjang musim tengkujuh.

BACA JUGA Jerebu dijangka tidak berpanjangan

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )