MP cadang kerajaan pecah monopoli beras pula

MP cadang kerajaan pecah monopoli beras pula

Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin mencadangkan agar kerajaan memecahkan monopoli padi dan beras yang dkuasai Padiberas Nasional Bhd (Bernas) ekoran kekurangan beras tempatan.

Beliau berkata, kerajaan perlu membuka sekurang-kurangnya 30 peratus hak lesen import (AP) kepada pengilang dan pemborong lain untuk bersaing dengan Bernas sebagai pelan jangka panjang mencukupkan bekalan beras dalam negara.

“Kaji semula monopoli dalam sektor padi dan beras. Monopoli import beras putih menyebabkan sekuriti makanan negara terletak pada satu-satu syarikat sahaja

“Monopoli subsidi oleh Nafas juga menyebabkan semua petani menggunakan sejenis baja yang sama dari Perlis hingga ke Sabah. Kalau kualiti baja tidak berkesan, yang terjejas adalah kesemua 200,000 pesawah itu.

“Justeru saya menyeru kerajaan membuka 30 peratus import beras kepada syarikat lain untuk bersaing dengan Bernas. Kerajaan juga harus memberi subsidi terus kepada pesawah untuk membeli baja sendiri demi keadaan tapak sawah masing-masing,” katanya sambil menegaskan penghapusan monopoli akan menjadikan sektor padi beras lebih sihat.

Beliau berkata demikian ketika perbahasan mengenai Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat hari ini.

Sementara itu, Sim turut mencadangkan beberapa penyelesaian jangka pendek buat kerajaan untuk menangani masalah ketidakcukupan beras tempatan, dan kenaikan harga beras import.

Antaranya, mengarahkan Bernas melaksanakan tanggungjawab perjanjian untuk mengimport beras dengan kuantititi mencukupi untuk mengelakkan kekurangan bekalan beras

Walaupun rugi kata Sim, mereka harus mengimport beras secukupnya demi sekuriti makanan negara

Kedua, oleh sebab wujud perbezaan harga import dan beras tempatan, maka wujud sindiket tukar beg kampit beras.

Maka, beliau menyeru agar Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) mengambil tindakan penguatkuasa kepada sindiket tukar beg kampit yang semakin berleluasa.

“Ketiga, oleh kerana kegagalan Bernas baru-baru ini, kerajaan harus membenarkan syarikat lain untuk mengimport beras import dan bersaing dengan Bernas demi memastikan bekalan beras cukup agar daya saing sektor pengliputan beras yang lebih sihat,” ujarnya.

BACA JUGA Protest on Malaysia Day: PN patriots or traitors?

COMMENTS

Wordpress (0)