MP PN buat pemukiman semak Belanjawan 2023

MP PN buat pemukiman semak Belanjawan 2023

Ahli-ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) hari ini sedang menyemak Belanjawan 2023 yang telah dibentangkan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim kelmarin.

Hal tersebut dimaklumkan oleh Timbalan Ketua Pemuda PN, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal di Facebook beliau sebentar tadi.

Dia yang juga Ahli Parlimen Machang berkata, pemukiman yang turut melibatkan Ahli Dewan Negara PN itu bagi “mengimbangi” Belanjawan 2023.

Menurutnya, sesi pertama kupasan belanjawan itu adalah daripada bekas Menteri Kewangan II, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mustapa Mohamed atau dikenali sebagai Tok Pa.

Turut sama membentang, katanya, Ahli Parlimen Putrajaya juga mantan Menteri Pendidikan dan bekas Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi yang menyiapkan Kertas Putih FELDA, Datuk Dr. Radzi Jidin.

“Barang diingat dalam kalangan ahli-ahli parlimen PN, ramai bekas menteri dan timbalan menteri yang terlibat dalam membidani dan membikin Belanjawan sebelum ini dan Rancangan Malaysia ke-12.

“Tok Pa adalah ‘key leader’¬†dalam merangka program pebasmian kemiskinan di EPU sebelum PRU15 dan banyak sudah beliau siapkan,” katanya.

Pemukiman di Tropicana Golf & Country Resort, Petaling Jaya yang melibatkan 74 Ahli Parlimen PN itu dijadualkan berlangsung sehingga esok.

BACA JUGA Bila angkat sumpah ni? Portfolio MP Bersatu-PN kena perli

 

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )