MP PN tarik balik dakwaan perarakan LGBT pada 13 Mac

Ahli Parlimen Perikatan Nasional dari Kuantan, Wan Razali Wan Nor hari ini terpaksa menarik balik dakwaan perarakan hari Wanita pada 13 Mac lalu adalah perarakan LGBT.

Beliau terpaksa berbuat demikian apabila Speaker Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul menekan beliau apakah beliau yakin perarakan itu perarakan LGBT.

“Adakah anda yakin itu perarakan LGBT atau tidak. Atau anda tidak pasti,” tanya Speaker.

“Saya tidak pasti,” kata Wan Razali, lalu diminta oleh Speaker, “Sila tarik balik.”

Lalu Wan Razali membuat keputusan “Saya menarik balik.”

Wan Razali mendakwa perarakan Hari Wanita pada 12 Mac lalu adalah perarakan LGBT. Ia telah menyebabkan Dewan Rakyat kecoh sehingga Speaker datang untuk menyelesaikan kekecohan itu.

Dewan Rakyat kecoh dengan dakwaan bahawa perarakan Hari Wanita adalah perarakan LGBT.

Sebelum itu, Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Ahmad Yahaya berkata, kumpulan LGBTQ dilihat mengadakan perhimpunan haram untuk memperjuangkan hak mereka pada hari tersebut.

Pada 13 Mac lalu, pelbagai NgO wanita mengadakan perarakan Hari Wanita di ibu negara.

Perarakan tersebut mahukan gaji yang setara untuk wanita dan penamatan amalan perkahwinan kanak-kanak.

Namun ia menjadi isu apabila pejuang LGBT turut menyertai perarakan itu dan tidak dihalang oleh pihak penganjur.

 

BACA JUGA Hentikan siasatan ke atas penganjur ‘Women’s March’

JUGA Siasat Woman’s March dengan PDRM, Jawi