Nahas Elmina: Rakaman suara 30 minit sebelum terhempas berjaya diperoleh

Nahas Elmina: Rakaman suara 30 minit sebelum terhempas berjaya diperoleh

Rakaman Kotak Perakam Suara Kokpit (CVR) milik pesawat Beechcraft Premier 1 yang terhempas di Bandar Elmina 17 Ogos lalu, berjaya dimuat turun dari ‘memory puck’.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) juga telah berjaya memperoleh rakaman suara 30 minit terakhir sehingga berlakunya nahas pada ketika itu.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan gambaran awal mengenai rakaman tersebut.

“Memang pihak BSKU ada memberi sedikit rumusan tetapi saya tidak mahu buat apa-apa pengumuman dan biarkan pakar membuat analisis terperinci,” katanya dalam sidang media hari ini.

Menurut Loke, rakaman itu kini sedang dianalisa dan laporan awal akan dikeluarkan dalam tempoh dua minggu.

“Data tersebut telah berjaya dimuat naik dan rakaman tersebut akan dihantar semula kepada pasukan siasatan di Kuala Lumpur.

“Rakaman tersebut sedang dianalisa dan kita akan keluarkan laporan awal dalam masa dua minggu lagi,” katanya dalam sidang media hari ini.

Sebelum ini, CVR milik pesawat Beechcraft dihantar kepada pihak pengilang di Florida, Amerika Syarikat, bagi tujuan mendapatkan semula data rakaman tersebut.

Ia selepas usaha negara untuk mengekstrak data dengan menghantar CVR kepada pihak makmal di Singapura telah gagal.

BACA JUGA Juruterbang dah rasa sesuatu akan terjadi, tiba-tiba beri nombor isteri kepada rakan

COMMENTS

Wordpress (0)