Nak kritik Putrajaya tapi Pemuda Pas Kelantan pula kena ‘bambu’

Ketua Pemuda Pas Kelantan, Mohd Kamal Mohamad dilihat hanya kena ‘bambu’ dengan warganet selepas cuba mengkritik Kerajaan Persekutuan berhubung isu bekalan air di negeri itu.

Rata-rata reaksi kecaman dan sindiran terhadapnya turut mengaitkan isu pemberian sagu hati Aidilfitri berjumlah RM10,000 kepada setiap Ahli Lembaga Pengarah (ALP) Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) yang tular baru-baru ini.

“Percayalah, isu sagu hati ALP AKSB ini akan jadi ‘backfire’ kepada kerajaan Pas Kelantan untuk PRN kali ini. Isu ini paling dekat di hati rakyat Kelantan terutama anak muda.

“Urus hasil hutan gagal. Urus lebuh raya tinggal hutang. Urus tanah pun gagal.

“Penjelasan yang sentiasa menuding jari kepada Kerajaan Pusat semata-mata. Walhal, peruntukan telah diberi sejak 20 tahun yang lepas lagi untuk pembaikan paip,” demikian antara kata warganet.

Semalam, Kamal menerusi kenyataan yang panjang lebar antara lain menggesa agar hentikan layanan politik Persekutuan yang tidak berkelas kepada Air Kelantan.

“Cahaya yang ditunjukkan oleh Menteri KASA sebelum ini, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man seharusnya tidak dipadamkan oleh Menteri hari ini walau pun berlainan aliran politik,” ujarnya.

Memetik kata seorang penulis dikenali Dr Tanaka, pemimpin muda Perikatan Nasional (PN) itu menulis, adalah lebih baik menekan Kerajaan Pusat untuk menunaikan tanggungjawab daripada menghasut rakyat membenci kerajaan negeri.

“Kelantan, negeri tadahan wahyu, tidak sesekali menolak pembangunan, apa lagi jika tangan dihulur, salam pasti bersambut untuk kesejahteraan rakyat sekalipun terpaksa merendah.

“Apalah sangat perbezaan politik jika dibanding dengan kepentingan untuk rakyat Kelantan demi menjalankan amanah berkerajaan,” tambah Kamal lagi.

BACA JUGA Tunggakan, bil semasa TNB LRA Kelantan cecah 35.2 juta