Nasihat kemiskinan multi dimensi berguna perbaiki kesenjangan sosial

Pelantikan Nurul Izzah Anwar sebagai penasihat di Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan berguna untuk membaiki kesenjangan sosial di Malaysia.

Ketua Whip DUN Dewan Negeri Selangor Elizabeth Wong berkata, keterlibatan Nurul dalam penyelidikan kemiskinan multi dimesi sebelum ini penting untuk dibawa sebagai dasar negara.

Sehubungan itu, katanya, Perdana Menteri layak mendapatkan pasukan penasihat paling dipercayai untuk membantu dan menasihati beliau dalam hal-hal berkepentingan negara.

“Jadi, mengapa kita perlu menghalang peluang beliau (Nurul) untuk berkhidmat kepada Perdana Menteri?

“Tahun demi tahun, dasar ekonomi dan kewangan konvensional sebenarnya telah menyebabkan semakin ramai keluarga hidup dalam kemiskinan. Mengapa kita perlu ulangi lagi dasar-dasar yang sama?” tanyanya dalam kenyataan.

Ahli Dewan Negeri Bukit lanjan itu berkata, sebelum ini Nurul telah memulakan rundingan dengan pemain ekonomi khusus dalam peningkatan skil para pekerja Malaysia dalam latihan teknologi terutama berkaitan TVET.

“Beliau sebenarnya telah memulakan pelbagai rundingan dan perbincangan dengan pemain-pemain dari sektor-sektor utama demi meningkatkan keyakinan dan produktiviti ekonomi negara,” kata beliau sambil meminta Nurul Izzah mengabaikan kritikan yang dilontarkan terhadapnya.

“Yang lebih penting ialah fokus untuk membuat yang terbaik untuk negara,” tambahnya.

BACA JUGA MOSTI harap mampu hasilkan vaksin khusus untuk denggi