
Orang ramai ambil kesempatan bersama Agong, PM sempena Merdeka
Sempena perarakan Sambutan Kemerdekaan yang ke 66 di Putrajaya semalam, Yang Dipertuan Agong dan Perdana Menteri tidak pulang segera tetapi beramah mesra dengan orang ramai yang menonton majlis perarakan itu.
Kedua-dua mereka dan permaisuri serta isteri masing-masing menjadi bintang bagi rakyat yang menyertai perhimpunan itu.
Mereka berebut-rebut untuk mengambil kesempatan bergambar bersama mereka berempat.
PM Datuk Seri Anwar pula melayan mereka dengan penuh saksama sehingga sanggup menghulurkan tangan untuk bersalam walaupun setelah menaiki kenderaan untuk beredar dari majlis itu.
Berikut adalah gambar-gambar menarik yang dirakamkan oleh jurukamera tentang sambutan rakyat terhadap mereka.
Gambar dari FB Anwar Ibrahim.

Yang Dipertuan Agong dan Raja Permaisuri bertemu rakyat yang menonton perarakan sambutan Kemerdekaan yang ke 66 di Putarajaya.

Datuk Seri Dr Wan Azizah turut mendapat perhatian dari orang ramai. Beliau bergambar dengan mereka dengan wajah ceria.

Senyum Datuk Seri… Mungkin itu yang dikatakan wanita ini ketika bergambar dengan PM Anwar.

Anwar melambaikan tangan kepada orang ramai yang turut dibalas oleh mereka dengan lambaian.

Yang Dipertuan Agong berbual mesra dengan rakyat sempena sambutan Hari Kemerdekaan yang ke 66 di Putrajaya.