Pas jaja fitnah burukkan DAP alih isu tanah di Kelantan

Pas jaja fitnah burukkan DAP alih isu tanah di Kelantan

Timbalan Pengerusi AMANAH Kelantan, Che Ibrahim Mohamed menyelar tindakan penyokong pembangkang yang didakwa cuba untuk mengalihkan perhatian tentang isu tanah di negeri berkenaan.

Beliau mengesan hantaran itu dalam satu kumpulan bernama ‘Anak Kelantan’ di Facebook yang dimuat naik oleh seorang warga maya, menggunakan nama ‘Boss Ku’.

Hantaran tangkap layar yang dimuat naik semalam itu, memaparkan wajah Naib Pengerusi DAP, Nga Kor Ming bertajuk ‘DAP tetap mahu k’jaan Perak lulus hak milik tanah 999 tahun’.

Bagaimanapun, tangkap layar berserta kapsyen ‘Apa ni Apex??’ itu diterbitkan oleh sebuah portal berita pada 18 Ogos 2018.

Che Ibrahim Mohamed

Susulan itu, Che Ibrahim membidas tindakan tersebut dengan menyifatkannya sebagai tidak perlu membawa berita yang sudah lama.

“Kalau pun nak cover isu tanah di Kelantan diberi kepada Cina, tak payahlah bawa berita 2018 untuk modal fitnah.

“Kanun Tanah Negara telah menghadkan tempoh pegangan tanah tidak boleh melebihi 99 tahun.

“Bila dah terkantoi dengan isu tanah Kelantan diberi kepada bukan Melayu, mereka mula menyebar fitnah dan persepsi jahat, berita lama dikutip balik.

“Malangnya, mereka tidak tahu dalam bab undang-undang tanah yang menghadkan tempoh pegangan maksimum pajakan/hakmilik tanah adalah 99 tahun,” tulis beliau.

Malah, Che Ibrahim turut mengimbas kembali tentang kelulusan yang diberikan kepada Kor Ming berkaitan sebuah syarikat pada sebelum ini.

Ambo baru teringat ‘apex’ inilah yang telah diberi kelulusan ambil alih Syarikat Upaya Padu Sdn Bhd yang diberi hak memajukan tanah Yayasan Islam Kelantan (YIK ) seluas 10,500 ekar di Hutan Simpan Relai@Sungai Rakit, Gua Musang,” tulisnya lagi.

Pada 14 September lalu, Timbalan Menteri Besar, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan dilapor berkata, Kelantan memiliki ladang duriang Musang King terbesar di Malaysia yang dianugerahkan oleh Malaysia Book of Records kepada syarikat Sindiyan Plantation Sdn Bhd.

Menurutnya, hal ini kerana Musang King berasal di Kelantan dan rakyat mengenalinya sebagai raja kunyit.

“Untuk itu, kerajaan negeri dengan kerjasama Ladang Sindiyan mahu menjadikan lokasi ini agro-pelancongan tidak lama lagi,” katanya.

 

BACA JUGA Tanah Lojing Kelantan rupanya dijual pada tauke Cina, Pas diselar hipokrit

COMMENTS

Wordpress (0)