Pas ‘ugly king maker’, boleh tukar fatwa halalkan tindakan politik

Pas ‘ugly king maker’, boleh tukar fatwa halalkan tindakan politik

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menyifatkan Pas sebagai ‘ugly king maker’.

Beliau berkata demikian susulan dakwaan Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas, Muhammad Sanusi Md Nor bahawa parti itu adalah ‘king maker’ yang akan menentukan hayat politik Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Menurut Sanusi, hayat politik Zahid boleh panjang jika bekerjasama dengan Pas. Menurutnya lagi, Pas adalah king maker.

“Betul, Pas adalah king maker tetapi ‘Ugly King Maker’. Pas boleh tukar fatwa untuk menghalalkan tindakan politiknya.

“Pas tinggalkan siapa sahaja yang dia mahu,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Semalam, Sanusi berkata Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri tidak akan berjaya untuk menyambung hayat politik tanpa melibatkan Pas.

Sanusi berkata demikian ketika mengulas kenyataan Zahid bahawa UMNO tidak berhasrat menjalinkan semula hubungan kerjasama dengan parti atau pemimpin yang bermuslihat.

Zahid menegaskan bahawa kerjasama harus datang daripada keikhlasan dan bukan manipulasi serta beberapa tindakan yang tidak dialu-alukan kerana penuh dengan muslihat.

Mengulas lanjut, Puad berpendapat Pas yang diterajui Tan Sri Abdul Hadi Awang bersifat angkuh kerana menjadi king maker kepada Bersatu dalam gabungan Perikatan Nasional (PN).

“Pas akan menghukum dan melabel sesiapa sahaja sebagai anti Islam untuk menjadi king maker.

“Pas jadi angkuh kerana kini dia king maker kepada Muhyiddin dan Bersatu,” kata Puad lagi.

BACA JUGA Penyokong Pas ‘terpaling Islam’ tak minat pun majlis tilawah al-Quran

COMMENTS

Wordpress (0)