Pelaksanaan rangkaian 5G negara di bawah Digital Nasional Bhd (DNB) masih diteliti

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, berkata beberapa sesi libat urus dengan Digital Nasional Berhad berkaitan rangkaian 5G telah diadakan bagi mendapatkan  pandangan daripada pelbagai pihak industri termasuk agensi kerajaan bagi memastikan aspek kewangan, teknikal dan perundangan diteliti secara komprehensif.

“Bagaimanapun proses penelitian ini tidak akan mengganggu operasi dan perancangan semasa pihak DNB di mana kerja-kerja DNB di lapangan masih diteruskan seperti perancangan asal,” katanya semasa sesi soalan lisan di Dewan Rakyat.

Fahmi menambah, dalam menangani isu pelaksanaan 5G yang diuruskan oleh DNB, objektif utama kerajaan adalah manfaat maksimum kepada rakyat dan meminimumkan risiko kepada kerajaan sendiri.

Menurut Ahli Parlimen Lembah Pantai itu, sejak DNB berada di bawah pemantauan kementeriannya, beliau dapat meneliti dan menilai lebih dalam semua kontrak yang ditandatangani dan beberapa perkara yang mungkin tidak diketahui menteri kewangan terdahulu.

“Kita tak mahu pelaksanaan rangkaian 5G ini tergendala. Tapi apa-apa melibatkan siasatan tidak akan diprejudiskan oleh apa-apa keputusan yang akan diambil pihak kerajaan sebab ianya bergerak seiring.

BACA JUGA: Tiada tapisan, pengklasifikasian kandungan dalam aplikasi pemesejan segera