Peluang untuk kebenaran terserlah

Setelah lebih dua dekad berlalu, akhirnya peluang untuk kebenaran terserlah telah tiba bagaikan fajar yang sedang menyinsing.

Ini peluang untuk mengetahui rahsia kekayaan keluarga mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memandangkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sanggup ke mahkamah untuk mendedahkan kebenaran mengenai perihal tersebut.

“Untuk makluman, kami telah diarahkan oleh anak guam kami untuk menafikan semua dakwaan dan kandungan dalam surat anda.

“Dalam hal ini, anak guam kami bersedia untuk menjawab sebarang dakwaan – jika ada – di mahkamah dan bukan melalui surat-menyurat jika anak guam anda mahu meneruskan tindakan undang-undang,” kata peguam Aliff Benhamin Suhaimi yang mewakili Anwar.

Ketika dekad 90-an sebelum tercetusnya Reformasi yang membawa kepada pembentukan parti PKR, Malaysia dan negara serantau telah berdepan dengan krisis kewangan Asia.

Secara rasminya Dr Mahathir tidak mahukan penglibatan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dalam pemulihan ekonomi negara manakala Anwar pula lebih terbuka kepada IMF.

Mahathir-Anwar: Mulanya satu perpisahan

Ia juga merupakan bibit – bibit permulaan perpisahan Mahathir dan Anwar.

Ada juga ura-ura ketika itu yang mendakwa bahawa perniagaan salah seorang anak Mahathir telah dibantu oleh kerajaan.

Kekayaan anggota keluarga Mahathir juga seringkali didendangkan di dalam siri kempen pilihan raya Anwar dan PKR.

Mahathir sejak dahulu sehingga sekarang turut membangkitkan isu ekuiti Bumiputera yang menurut beliau adalah rendah. Ia isu yang diperjuangkan oleh beliau.

Namun perubahan kepada masyarakat Melayu tidak pula kelihatan baik sewaktu beliau menjadi perdana menteri selama 22 tahun mahupun 22 bulan meskipun beliau menghadiri Kongres Maruah Melayu dalam tahun 2019.

Apa yang diketahui umum ialah masyarakat Melayu terutamanya dalam kumpulan M40 dan B40 kekal di takuk lama manakala anggota keluarganya kaya menerusi pemilikan saham.

Ada juga ura-ura bahawa bahawa beliau mempunyai akaun di bank asing.

Semua ini bakal terjawab sekiranya kes yang difailkan oleh Mahathir dibicarakan sepenuhnya tanpa pilihan untuk penyelesaian di luar mahkamah.

Malaysia hari ini mempunyai peluang untuk mengetahui kebenaran ini.

BACA LAGI: Nak suruh saya gaduh dengan Mahathir lagi apa pasal