Pembangkang jangan cuba rosakkan rancangan Kerajaan Perpaduan

Pembangkang jangan cuba rosakkan rancangan Kerajaan Perpaduan

Ahli Parlimen Sungai Petani, Dr Mohammed Taufiq Johari mengingatkan pembangkang agar tidak cuba-cuba untuk merosakkan perancangan yang dibuat Kerajaan Perpaduan.

”Pihak pembangkang khususnya, kalau kamu tidak boleh memberikan cadangan yang baik dan membantu ekonomi, kamu tak perlu nak cuba untuk merosakkannya.

”Apa yang telah dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama jemaah menteri dan penjawat awam adalah cuba (usaha) untuk memberikan yang terbaik.

”Dalam belanjawan baru-baru ini juga, kita lihat ianya belanjawan yang berani iaitu untuk menyelamatkan orang-orang miskin dan memberikan ruang kepada golongan kaya untuk sama-sama membantu orang miskin.

”Paling penting bersifat manusiawi.. ya.. ini betul ia memerlukan masa. Kita bagi masa sedikit dan ruang, kalau tak boleh membantu, janganlah menghina,” katanya dalam program bual bicara politik ‘Hard Talk’ yang disiarkan menerusi Facebook Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia.

Johari (tengah) dalam program AMK malam tadi.

Program tersebut dikendalikan oleh Penerangan AMK Malaysia yang diadakan pada minggu kedua setiap bulan.

Dalam rancangan Episod 1 itu, Mohammed Taufiq diminta mengulas mengenai fokus utama Kerajaan Madani yang cuba dicapai oleh Anwar seperti integriti kerajaan, tatakelola yang baik dan memerangi rasuah.

Mengulas lanjut, beliau yang juga Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH) Kedah berkata, apa yang lebih penting ketika ini adalah mengembalikan keyakinan dan harapan rakyat bahawa negara ini mempunyai hala tuju.

Katanya, sepanjang pemerintahan Kerajaan Perpaduan, banyak pelaburan telah masuk ke dalam negara dan siri lawatan pihak kerajaan juga dilihat cukup berjaya.

”Berapa banyak kes rasuah yang sudah ditemukan selama pimpinan? Maksudnya adakah menteri-menteri terlibat dengan rasuah? Semua tidak ada untuk masa sekarang.

”Ini antara bukti bahawa kita boleh bekerjasama dengan parti yang dahulunya seteru politik, tetapi kini sudah menjadi kawan, insya-Allah benda ini akan berterusan dengan kepimpinan yang baik,” ujar Mohammed Taufiq lagi yang turut memegang jawatan Ketua AMK Kedah.

BACA JUGA Anwar terlalu ‘perform’ bukan acah-acah

 

 

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )