Pemimpin PH Negeri Sembilan santuni warga emas, cakna nasib rakyat
Prihatin dengan golongan yang memerlukan, Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Gemencheh, Abd Latif A Tambi tampil menghulurkan bantuan kepada seorang warga emas.
Menurut perkongsian di laman Facebook Penyelaras DUN Gemencheh, beliau menyantuni Esah Nanti, 84, di Kampung Tengah, baru-baru ini (gambar atas).
“Tahap kesihatan beliau semakin berkurangan dan kini di bawah jagaan anak dan menantunya.
“Abd Latif menyampaikan bantuan seperti tilam, bantal, tongkat dan sedikit sumbangan kewangan kepadanya bagi membantu meringankan beban,” tulis pentadbir laman sosial itu.
Dalam pada itu, Abd Latif yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan Pakatan Harapan (MPPH) Tampin, turut melakukan kunjungan menziarahi seorang lagi warga emas, Lijah Man di Felda Bukit Rokan.
Lijah yang merupakan peneroka generasi pertama di felda itu, menghidapi penyakit kencing manis sehingga sebelah kakinya terpaksa dipotong dua tahun lalu.
Terdahulu, Abd Latif yang pernah ditemu ramah Harapan Daily di Pusat Khidmat Masyarakat Penyelaras DUN Gemencheh menyatakan bahawa, sebarang bentuk bantuan akan diterima sama rata tanpa mengira latar belakang kaum atau wadah perjuangan seseorang.
Katanya, Pakatan Harapan (PH) telah diarahkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun agar tidak membeza-bezakan anggota masyarakat dengan wadah perjuangan mereka, kerana semuanya rakyat Negeri Sembilan.
BACA JUGA Hospital Jelebu bakal dinaik taraf, beri manfaat masyarakat setempat
Â