
Penampilan Dr Danial dibatalkan, ‘konsert saja dibenar depan Masjid Zahir’
Heboh di media sosial apabila program sempena sambutan Maulidur Rasul tahun ini di Masjid Zahir, Kedah yang menampilkan Datuk Dr Danial Zainal Abidin telah dibatalkan.
Pengumuman pembatalan pendakwah bebas berkenaan di negeri yang dikuasai Pas itu dimaklumkan menerusi Facebook rasmi beliau.
“Program esok (hari ini) digantikan oleh asatizah lain atas sebab-sebab arahan dari pihak atasan.
“Kami doakan semoga program esok berjalan dengan baik. Terima kasih kepada pihak masjid menghubungi kami menjelaskan perkara yang sebenar,” menurut pengumuman tersebut.
Susulan itu, orang ramai menyelar dan menyindir tindakan tersebut termasuk membangkitkan kebenaran untuk konsert hiburan diadakan tidak jauh dari pekarangan Masjid Zahir pada 30 September 2022.
“Konsert saja dibenarkan depan Masjid Zahir,” kata beberapa netizen.
Dalam masa sama, ramai memuji reaksi Dr Danial yang tidak ‘melatah’ tidak seperti penceramah yang secara terang-terangan menyokong Pas.
Warganet terutamanya penyokong Kerajaan Perpaduan juga faham bahawa pihak institusi agama di negeri masing-masing mempunyai kuasa termasuk kebenaran untuk pendakwah menyampaikan kuliah.
Namun, penyokong PH-BN menganggap mereka tidak kalut untuk ‘menghukum’ kerajaan negeri PN sehingga mengaitkan tahap iman susulan larangan terhadap mana-mana pendakwah, tidak seperti reaksi melampau ‘walaun’.
Dalam masa sama, ada juga menyindir kerajaan dikuasai Perikatan Nasional (PN) yang sebelum ini disangka tidak akan menyekat mana-mana penampilan penceramah agama.
Tidak kurang juga mengaitkan reaksi Ketua Ulama Pas Wilayah Persekutuan, Dr Azahar Yaakub yang mendakwa pihak yang membatalkan kuliah disampaikan isterinya, Ustazah Norhafizah Musa sebagai lemah iman.
Program ‘Muslimah Putrajaya Berselawat’ melibatkan kemunculan Ahli Majlis Syura Pas itu dijadualkan berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya pada 24 September lalu.
“Dakwah Islam sedang disekat, tanda lemah iman, bagaimana generasi Kedah nak faham Islam, menjawablah di akhirat nanti. Pinjam ayat ustaz Pas sat,” perli pengguna Facebook, Nurul Aisyah.
BACA JUGA Ulama Pas dakwa βlemah imanβ pihak yang batalkan ceramah isterinya
Kelakar baca komen, dakwah disekat??? Padahal Kedah antara negeri yg memiliki byk sekolah pondok.
Dr Danial nk sampaikan dakwah . Kerajaan Kedah sekat kuliah Dr Danial. Dakwah di Kedah disekat
Dr Danial nk sampaikan dakwah. Kerajaan Kedah sekat kuliah Dr Danial. Dakwah di Kedah disekat
Org Pas ni mmg tongong hahahaha nmpk sgt dendam kesumatnya tinggi! Apa jenis Islam mcm nih? Hahaha mrk ini sdg menternak hasad dengki dlm diri mereka sendiri! Kami tetap Sokong Dr Daniel anda seorg wira! X cacat pun martabat anda dikalangan Kami, ilmu anda tak jd kurang Dr, malah Kami salute anda dgn sikap yg sgt2 pro Dan redha ! ππ·πͺππ
Kelantan juga telah jual tanah org2 melayu kpd tauke durian bangsa cina…koperasi “kulit” pun ada dimana koperasi itu bknnya betulpun..jadi patung utk tauke durian cina tu…isu ni mcm mana pulak…PAS boleh pula..baik pula..tak salah pulak..segala perjuangan kerajaan madani saja salah..tak kena tak betul..pembohong..PAS juga lah yg bagus..betul..utk rakyat???????
Kerajaan perpaduan elakkan mengundang ulama yg tidak berkaitan Pas dalam apa saje majlis Islam yg diadakan .Itulah lebih baik.