Pendapat | Guna slogan bangsa untuk khianat

Oleh A. KADIR JASIN

Pada 29 Jun 2015, saya menarik diri secara rasmi daripada menjadi ahli UMNO kerana hilang kepercayaan kepada kepemimpinannya.

Tidak sampai tiga tahun selepas itu, parti tersebut kalah pilihan raya. Kira-kira tujuh tahun selepas saya meninggalkannya bekas Presidennya Mohd Najib Abdul Razak didapati bersalah dan dimasukkan ke penjara kerana rasuah.

Pada 6 Ogos 2020 saya menarik diri secara rasmi daripada menjadi ahli Bersatu kerana hilang kepercayaan kepada kepemimpinannya yang khianat.

No photo description available.
Tidak sampai tiga tahun selepas itu, Ketua Penerangannya merangkap Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Wan Saiful Wan Jan, dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan meminta dan menerima rasuah RM6.9 juta berhubung projek Jana Wibawa daripada seorang Cina.

Alhamdulillah, saya membuat keputusan yang betul meninggalkan dua buah parti yang melaungkan slogan Melayu dan Bumiputera tetapi membuat angkara yang mengkhianati agama, bangsa dan negara.

Sejak 2016 saya menyokong idealisme Pakatan Harapan. Malangnya sudah ada tanda-tanda idealisme reformasi telah dan sedang diketepikan demi memenuhi agenda parti dan peribadi.

  • Datuk Kadir Jasin merupakan bekas ketua pengarang Kumpulan Akhbar New Straits Times dan penulis blog