Pengalaman Nurul Izzah di PAC diperlukan

Nurul Izzah Anwar yang pernah menganggotai Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) amat layak untuk dilantik sebagai penasihat di Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan.

Menurut Naib Ketua Wanita KEADILAN Malaysia, Faizah Ariffin, mantan Ahli Parlimen tiga penggal itu sebelum ini pernah menganggotai Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dan beliau cemerlang dalam memastikan perbelanjaan negara mengikut apa yang telah ditetapkan.

“Nurul Izzah punyai intelek dan daya juang yang tinggi untuk menggalas tugas yang berat demi membantu kerajaan dalam memulihkan ekonomi dan menurunkan kadar hutang negara.

“Rakyat boleh mengambil pedoman kepada perkara ini kerana sedia maklum YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim menggalas tugas sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan tanpa gaji dan Nurul Izzah juga mengambil pendekatan yang sama untuk berkhidmat tanpa sebarang bayaran.

“Malah jawatan itu (penasihat) tiada sebarang punca kuasa untuk membuat sesuatu dasar atau keputusan,” katanya dalam kenyataan.

Justeru, menurut Faizah lagi, Wanita KEADILAN Terengganu mengajak rakyat memberi sepenuh kepercayaan kepada Nurul Izzah dalam memberikan khidmat terbaik dalam usaha untuk merealisasikan Malaysia Madani.

BACA LAGI Baik lantik yang tak buat kerja, tiada kritikan