
Penyokong Pas ‘terpaling Islam’ tak minat pun majlis tilawah al-Quran
Seorang netizen berpendapat penyokong Pas yang dilihat menganggap diri mereka ‘terpaling Islam’ tidak berminat pun menonton siaran langsung Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-63 yang berakhir malam tadi.
Sebaliknya, ribuan penonton yang tercatat pada skrin siaran langsung sepanjang pelancaran jentera dan pengisytiharan calon Perikatan Nasional (PN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, kelmarin mencerminkan penyokong Pas sebenarnya lebih gemar berpolitik sahaja.
Realiti tersebut dikongsikan pengguna Facebook, Mohammad Hadi yang menyertakan tangkap layar tertera jumlah penonton semasa siaran langsung kedua-dua program itu.
Terpampang hanya ratusan sahaja individu yang menonton siaran langsung majlis tilawah al-Quran sebaliknya hampir 10,000 tontonan majlis pelancaran jentera PN dengan kehadiran Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas dan PN, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor itu.
“Apa nak dikatakan Isley (Islam) di mulut saja. Itulah geng walaun dan lebai. Hebat ore² (orang-orang) Serambi Mekah (Kelantan),” katanya.
Walaupun ada yang mempersoal mana pula penyokong Kerajaan Perpaduan, warganet berpendapat penyokong tegar Pas yang umum digelar walaun sepatutnya meramaikan jumlah tontonan majlis tilawah al-Quran.
“Memang (majlis tilawah al-Quran) untuk semua (parti politik) tak kira walaun atau walanon (panggilan penyokong Pas terhadap rakyat pro Perdana Menteri) tetapi yang terpaling Islam ialah walaun.
“Bab politik fitnah penuh saja live. Ni bab agama walaun terpaling Islam, kenapa tak nak penuhkan?” bidas Fareez Nazrin.
Ramai menganggap ‘orang Pas’ lebih suka mengikuti ceramah pemimpin mereka yang sarat politik fitnah, adu domba dan menghasut jatuhkan kerajaan dengan kata-kata kasar dan caci maki disulami gelak ketawa.
Dalam masa sama, warganet turut mengkritik budaya ilmu dalam kalangan penyokong serta pemimpin PN khususnya Pas yang sebelum ini galak menjatuhkan hukum dan menerakakan orang Islam yang tidak bersama Pas sebagai ‘melawan perjuangan Islam‘.
Malah, pemimpin Pas yang kini bergelar ‘wakil rakyat’ hasil proses demokrasi pilihan raya juga pernah menganggap mematuhi Perlembagaan Persekutuan sebagai ganti undang-undang Allah adalah perbuatan syirik yang membatalkan syahadah.
“Walaun lebih suka berpolitik. Walaun sebenarnya nak gelak-gelak saja.
“Walaun suka lagha. Kita cerita bab agama, dia pandang sepi. Kalau dia cerita, dialah terpaling Islam walau ada selit maki, hina, aib sesama Muslim. Dunia walaun dan kita jauh berbeza,” demikian antara komentar orang ramai.
BACA JUGA Perkukuh naratif Islam, kita tiada masa yang mewah