Perbincangan PM – Presiden Jerman tingkat dagangan minyak sawit, gas

Perbincangan PM – Presiden Jerman tingkat dagangan minyak sawit, gas

Kunjungan Presiden Jerman Frank-Walter Steinmeier ke Putrajaya bertemu Perdana Menteri (PM) Malaysia merapatkan lagi hubungan kedua dua negara.

PM Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapan alu aluannya berkata, lawatan dalam tempoh 26 pemimpin tertinggi Jerman tersebut akan meningkatkan lagi kerjasama teknologi antara Malaysia dan negara termaju di Eropah tersebut.

“Saya mengalu-alukan minat Jerman bekerjasama dengan Malaysia dalam biodiversiti, ekologi dan perubahan iklim. Kita boleh memulakan kerjasama ini dengan memfokuskan dahulu kepada sektor tenaga dan pengurusan sisa.

“Sebagai pengeluar minyak sawit kedua terbesar dunia, Malaysia prihatin terhadap pelaksanaan Peraturan Produk Bebas Penebangan Hutan EU (EUDR), yang menyasarkan komoditi ini dan lain-lain seperti kayu, koko dan getah.

“Saya telah berkongsi dengan Tuan Yang Terutama Presiden bahawa mulai 1 Januari 2020, Malaysia telah menguatkuasakan pelaksanaan mandatori pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) kepada industri minyak sawit kami

“Malaysia berminat untuk mengeksport minyak sawit yang lebih mampan ke Jerman, dan berharap minyak sawit akan menjadi eksport komoditi utama baharu ke Jerman,” katanya dalam kenyataan.

Anwar turut menyentuh mengenai konflik Rusia – Ukriane yang menyebabkan harga bahan bakar tenaga seperti minyak dan gas melambung tinggi dan menjejaskan kedua dua negara.

Dalam hal itu, katanya, Malaysia menawarkan gas asli cecair (LNG) dari syarikat petroleum Petronas untuk memasuki pasaran Jerman mulai 2025 dan seterusnya.

“Selain LNG, Petronas – melalui anak syarikatnya GENTARI – juga berminat untuk meneroka penyelesaian karbon rendah dengan rakan kongsi berpotensi dalam ruang boleh diperbaharui, hidrogen dan mobiliti hijau.

“Ringkasnya, Malaysia terbuka kepada peluang untuk bekerjasama dengan Jerman dalam sektor ini, terutamanya dari segi membangunkan kepakaran, perkongsian pengetahuan dan pembinaan kapasiti,” katanya.

 Deligasi Jerman dan pemimpin Malaysia berunding di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya 

Dalam pada itu PM juga menyentuh mengenai isu Islamofobia yang membimbangkan di Eropah dan di tempat lain. Trend tersebut katanya menjejaskan keamanan global, keharmonian sosial dan keselamatan.

“Malaysia bersedia untuk bekerjasama dengan Jerman memerangi sikap tidak bertoleransi, stereotaip negatif, stigmatisasi, diskriminasi dan hasutan kepada keganasan.

“Saya telah menyebut kepada Tuan Yang Terutama Presiden, inisiatif saya, untuk menghantar 1 juta naskhah Al-Quran ke seluruh dunia dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran tentang Islam sebagai agama keamanan seperti yang ditranskripsikan dalam Al-Quran,” katanya lagi.

Secara keseluruhan Anwar gembira dengan hasil lawatan negara oleh Presiden Frank-Walter Steinmeier dan berharap lebih banyak lawatan peringkat tinggi dari Jerman untuk meningkatkan lagi hubungan dua hala, hubungan ekonomi dan perdagangan selepas ini.

BACA JUGA MB, KM enam negeri bertemu minggu hadapan bincang tarikh pembubaran DUN

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )