Pertandingan tiga penjuru untuk jawatan ketua pemuda AMANAH?

Pertandingan tiga penjuru untuk jawatan ketua pemuda AMANAH?

Satu pertandingan tiga penjuru sedang terbentuk untuk jawatan Ketua Pemuda AMANAH.

Penyandangnya Senator Hasbie Muda telahpun menyatakan hasrat mempertahankan jawatannya.

Hasrat memegang mengetuai sayap tersebut turut disuarakan Adun Batu Tiga, Danial Al Rashid Haron Aminar Rashid.

Seorang lagi yang dikatakan mengintai peluang dipercayai adalah exco Pemuda AMANAH Perak, Azhar Rahman.

Konvensyen AMANAH bakal berlangsung dalam bulan November bersekali dengan pemilihan parti.

Ini kerana AMANAH menangguhkan pemilihan partinya tahun lalu, selama 18 bulan, sebagai persediaan ke arah PRU 15.

 

 

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )