PH Negeri Sembilan cakna keperluan, tidak bezakan asnaf

Prihatin dengan kesusahan hidup golongan asnaf di Senaling, Kuala Pilah, Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Senaling, mengambil inisiatif menghulurkan bantuan kepada golongan itu.

Menurut Mohd Razali Abd Latif, beliau telah turun sendiri ke lapangan bagi mendekati penduduk yang kurang berkemampuan di sekitar Kampung Bemban pada 13 Mac lalu.

Menurut catatan Razali di Facebook Harapan Senaling, aktiviti yang dilakukan adalah seperti bertanya khabar dan pada masa sama turut bertanya tentang keperluan mereka yang dikategorikan asnaf.

Razali Abd Latif

“Saya turut memberikan sumbangan bakul makanan yang berisi barangan keperluan asas seperti beras, susu, tepung dan pelbagai barangan lain.

“Semoga sumbangan yang diberikan dapat mengurangkan beban perbelanjaan harian mereka,” tulisnya di laman sosial itu.

Terdahulu, Penyelaras DUN Gemencheh Abd Latif A Tambi yang pernah ditemu ramah Harapan Daily memaklumkan bahawa Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun mengingatkan tentang bantuan kepada rakyat.

Katanya, Pakatan Harapan (PH) negeri telah diarahkan oleh Aminuddin agar tidak membeza-bezakan anggota masyarakat dengan wadah perjuangan mereka, kerana semuanya rakyat Negeri Sembilan dan perlu dibantu secara sama rata.

Bantuan kepada rakyat di Negeri Sembilan diberi sama rata tanpa membezakan fahaman politik kepartian.

BACA JUGA 10 bukti pencapaian kerajaan PH Negeri Sembilan wajib rakyat tahu